Rajah 1 Peta Minda Isu PdPc Matematik di sekolah
1.0
Pengenalan
Demi memastikan negara kita Malaysia
semakin maju dan standing dengan negara-negara maju, sistem pendidikan telah
ditambahbaikan dengan memperkenalkan beberapa dasar pendidikan seperti kurikulum
semakan pada tahun 2017, Program Dwibahasa, Pendidikan STEM dan sebagainya.
Tujuan perubahan ini adalah memastikan sistem pendidikan Malaysia dapat
generasi baru mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran abad ke-21,
kemahiran menyelesaikan masalah yang kompleks, bersifat kemanusiaan dan
lain-lain seperti yang dinyatakan dalam FPK. Generasi-generasi ini dapat memacu
ekonomi negara dan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi. Dengan itu,
mata pelajaran matematik dan sains telah
memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi yang berkemampuan.
Matematik dan Sains merupakan subjek teras
yang amat mencabar minda dan perlu dipelajari dan dikuasai oleh seseorang murid
sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah seperti yang ditetapkan dalam
kurikulum sekolah. Tujuan mata pelajaran Matematik dipelajari di sekolah adalah
untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor dan kemahiran asas dalam
pengiraan serta memastikan murid mempunyai pemikiran yang logik dalam
menyelesaikan masalah kehidupan seharian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
Bagi
Sains pula, subjek in bertujuan menghasilkan murid yang mempunyai literasi
sains, inovatif dan berupaya mengaplikasikan pengetahuan sains, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan sebenar.
Namun begitu, kebanyakan murid di sekolah
tidak berminat dengan Matematik dan Sains kerana mereka berasa kedua-dua subjek
tersebut susah serta sikap tidak mementingkan pembelajaran wujud kerana
pemansuhan peperiksaan pada tahap 1 telah dilaksanakan mulai tahun 2019. Sikap-sikap
ini telah mewujudkan beberapa isu berlaku semasa guru menjalankan PdPc di
sekolah iaitu kekurangan infrastruktur di sekolah, gaya pengajaran guru,
perlaksanaan Dual Language Programme
(DLP), minat generasi abad ke-21, kekurangan masa topik –topik matematik yang
padat dan murid tidak dapat menjawab soalan penyelesaian masalah berayat.
2.0
Ulasan setiap isu PdPc Matematik dan Sainsdi sekolah
2.1 Isu
1: Kekurangan infrastruktur di sekolah
Isu
pertama dalam isu pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah
adalah sekolah menghadapi masalah kekurangan infrastruktur. Kebanyakan sekolah
tidak mempunyai kemudahan asas serta persekitaran yang sesuai untuk suatu
pembelajaran dijalankan, terutamanya sekolah di kawasan luar bandar atau di
pendalaman, sekolah tidak mempunyai kemudahan ICT atau kemudahan asas yang
mencukupi menyebabkan murid-murid dalam pendalaman susah mempunyai PdPc yang
abad ke -21. Di sekolah bandar pula, sebahagian sekolah masih mengekalkan
kaedah pengajaran tradisional “chalk and
talk” kerana guru tidak didedahkan dengan ilmu pengetahuan untuk
memanfaatkan kemudahan ICT di setiap kelas. Hal ini telah menyebabkan elemen
ICT serta elemen STEM susah diterapkan dalam PdPc dan gaya pengajaran seseorang
guru terhad. Pengajaran yang tidak menarik dan pesekitan pembelajaran yang
tidak sesuai telah menyebabkan murid-murid kehilangan minat terhadap mata
pelajaran tersebut. Dengan itu, kekurangan kemudahan infrastruktur telah
menjejaskan minat pembelajaran murid-murid dalam matematik dan sains (Mohd
Tafizam & Ramlee Mustapha, 2017).
Dalam keadaan kekurangan infrastruktur,
guru-guru haruslah mencari alat bantu mengajar seperti gambar, bahan konkrit,
eksperimen dan sebagainya untuk menjadikan suatu pengajaran konsep Matematik
atau Sains itu bermakna dan memupuk minat murid untuk belajar Matematik dan Sains.
Pada pandangan saya, pihak pentadbir atau persatuan ibu bapa dan guru boleh
mengambil tindakan dengan mencari atau meminta penajaan daripada pelbagai pihak
agar infrastruktur di sekolah adalah lengkap dan suasana pembelajaran abad
ke-21 dapat dibekalkan kepada anak murid. Tindakan ini dapat membantu murid
membina minat dalam pembelajaran mereka terutamanya matematik dan sains di mana
kebanyakan konsep dan fakta adalah bersifat abstrak dan susah difahami melalui
kaedah tradisional.
2.2 Isu
2: Gaya Pengajaran Guru
Isu yang seterusnya adalah gaya pengajaran
guru. Kebanyakan murid hilang tumpuan atau minat dalam mata pelajaran Matematik
dan Sains adalah disebabkan gaya pengajaran guru yang tradisional di mana tidak
menggunakan bahan bantu mengajar dalam menyampaikan ilmu (Faizah, 2017). Bagi
generasi abad ke-21, mereka lebih berminat dengan alat-alat teknologi atau
tayangan sesuatu video di dalam kelas. Murid hari ini tidak lagi seperti yang dahulu.
Mereka memerlukan pemahaman sesuatu perkara dari pelbagai perspektif serta cara
permikiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Pelbagai kemahiran abad ke-21 perlu
dikuasai oleh generasi sekarang untuk memastikan mereka dapat berjaya dalam
zaman yang pesat berubah ini. Sebagai seorang guru yang profesionalisme, gaya
pengajaran tidak boleh lagi hanya menyuruh murid supaya menghafal melalui
latihan latih tubi dan harus dipelbagaikan dengan menerapkan elemen merentasi
kurikulum atau menggunakan bahan bantu mengajar. Seseorang guru perlu
menyesuaikan diri dan memahami kehendakan generasi abad ke-21 ini agar
pembelajaran yang berkesan dapat dicapai. Sebelum PdPc dilaksanakan, guru perlu
merancang dan mengambil kira kecerdasan pelbagai dalam kalangan murid serta
menyediakan alat bantu mengajar dan aktiviti-aktiviti abad ke-21. Hal ini
disebabkan alat bantu mengajar dan aktiviti pembelajaran dapat menarik minat
pelajar serta meningkatkan prestasi pelajar. Segala aktiviti pengajaran dan
pemudahcara tidak lagi berpusat guru, malah berpusatkan murid. Guru hanya
berperanan sebagai fasilitator dalam membimbing anak murid untuk menguasai
sesuatu konsep atau menyelesaikan suatu masalah.
2.3 Isu
3: Perlaksanaan Dual Language Programme (DLP)
Program Dwibahasa (DLP) ini dilaksanakan
di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) bermula pada tahun 2016 di mana sekolah yang terlibat boleh
memilih sama ada menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa
Inggeris selain daripada Bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi. Mengikut
buku teks semakan bermula pada tahun 2017, kebanyakan buku teks mata pelajaran
Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan
Teknologi telah menerapkan kosa kata pada satu ruang yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Namun,
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
telah dicadangkan guna semula untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris
dalam sistem pendidikan kita. Keadaan ini telah menyebabkan banyak bantahan
wujud dalam media masa sehingga menjejaskan keadaan huru-hara berlaku dalam
sistem pendidikan kita.
Pada pandangan saya, paksaan mengubah
bahasa mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
serta Reka Bentuk dan Teknologi ke dalam Bahasa Inggeris bukan satu langkah
yang efektif. Hal ini demikian kerana perubahan program yang kerap dalam sistem
pendidikan akan menyebabkan sistem pendidikan terus huru-hara dan semua
pendidik akan hilang hala tuju serta semangat untuk mendidik generasi baru. Hal ini demikian kerana guru-guru perlulah menyesuaikan
diri dengan kata-kata saintifik dalam Matematik dan Sains agar ilmu atau konsep
yang betul dapat disampaikan kepada murid-murid. Bagi murid-murid
pula, mereka akan menghadapi masalah dalam menyesuaikan diri dengan perubahan
bahasa mata pelajaran tertentu yang kerap. Lama-kelamaan, murid-murid tersebut
akan hilang minat untuk belajar.
Bahasa pengantara sesuatu ilmu bukan satu
masalah yang besar manakala cara menyampaikan ilmu dari pendidik kepada anak
murid adalah lebih penting. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam
memperkenalkan dasar pendidikan atau memperkenalkan sesuatu program perlulah
berfikir daripada pelbagai perspektif dan merancang terlebih dahulu sebelum
mengambil tindakan. Guru-guru pula perlulah sedar dan sentiasa berpegang kepada
matlamat atau objektif dalam mendidik anak murid. Sekiranya murid-murid
menghadapi masalah dalam memahami suatu konsep, bahasa lain boleh dijadikan
sebagai bahasa sokongan untuk membantu anak murid memahami suatu konsep. Guru
juga perlulah menjadi role model kepada anak murid bahawa belajar itu akan
berterusan sepanjang hayat.
2.4 Isu
4: Minat murid abad ke-21
Pada abad
ke-21, banyak bidang serta teknologi semakin berkembang dengan pesat. Banyak
keluarga mula boleh akses laman web dengan pakej-pakej telekomunikasi yang murah
serta membekalkan alat teknologi kepada anak melayari internet sendiri.
Generasi abad ke-21 sejak kecil sudah didedahkan dengan alat-alat teknologi ini
dan sudah mahir dalam menggunakannya. Namun begitu, kebanyakan murid generasi
abad ke-21 tidak berminat dalam belajar terutamanya subjek matematik dan sains
yang agak susah serta kedua-dua subjek tersebut membebankan pembelajaran mereka
(Lan, 2017). Mereka juga memberi alasan seperti berminat dan berhasrat untuk
menjadi ‘youtuber’ atau pemain ’esports’ di mana mereka menganggap
kedua-dua hasrat tersebut tidak perlu belajar. Pemikiran tersebut telah
mendorong murid-murid tidak mempunyai motivasi untuk belajar.
“Belajar sepanjang hayat” merupakan satu
pepatah yang perlu difahami oleh murid di mana semua orang yang hidup di dunia ini
perlulah belajar sepanjang umurnya tanpa mengira kaum, pekerjaan, agama dan
sebagainya. Sebagai seorang pendidik atau guru, kami berperanan dalam
menyedarkan anak murid untuk memupuk minat dalam belajar dan memahami sebab
kita belajar. Guru-guru boleh mengaitkan mata pelajaran dengan membentuk satu
keadaan di mana seorang ‘youtuber’ mengira
keuntungan satu hari atau lokasi-lokasi dalam peta sesuatu permainan. Murid-murid
sebenarnya tidak sedar bahawa aktiviti-aktiviti kehidupan seharian atau suatu
permainan secara tidak langsung adalah berkaitan dengan matematik dan sains.
Maka, guru perlu mengaitkan kepentingan matematik dan sains dalam kehidupan
seharian semasa mengajar suatu konsep di dalam kelas berdasarkan minat dan
kegemaran anak muridnya.
2.5 Isu
5: Kekurangan masa topik-topik Matematik yang padat
Kebanyakan
guru menghadapi masalah kekurangan masa atau kesuntukan masa dalam menghabiskan
topik-topik Matematik dan Sains yang padat. Faktor-faktor yang menyumbangkan
isu ini berlaku adalah disebabkan pihak sekolah telah mengadakan banyak
aktiviti atau ceramah di sekolah, raptai untuk Hari Sukan, Majlis Persaraan,
guru yang sama menghadiri mesyuarat atau kursus dan sebagainya. Semua aktiviti
ini telah memakan masa yang sedia ada untuk mengajar konsep-konsep Matematik
dan Sains. Hal ini telah menyebabkan seseorang guru hanya sempat mengajar
konsep dan tidak mempunyai masa untuk mentaksir sama ada murid menguasai konsep
tersebut atau tidak. Latihan yang dibuat oleh murid tidak dibincangkan di dalam
PdPc agar masa yang ada digunakan untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Sebagai
contoh, waktu seminggu untuk Matematik adalah sebanyak 180 minit manakala Sains
adalah 120 minit. Sekiranya terdapat aktiviti berlangsung dan mengambil masa
PdPc Matematik dan Sains, maka masa yang tinggal adalah tidak mencukupi. Jadi,
pihak sekolah perlulah merancang dengan baik agar PdPc guru tidak diganggu dan
aktiviti yang sesuai sahaja diadakan di sekolah.
2.6 Isu
6: Murid tidak dapat menjawab soalan penyelesaian masalah berayat
Jika guru
memerhati anak murid dengan teliti, guru akan mendapati bahawa kebanyakan anak
murid yang lemah dalam matematik dan sains lebih suka menjawab soalan objektif
berbanding dengan soalan penyelesaian masalah berayat. Hal ini demikian kerana mereka
tidak berminat untuk cuba menjawab soalan penyelesaian masalah berayat tersebut.
Murid-murid tersebut akan memberi alasan yang pelbagai untuk menolak menjawab
soalan penyelesaian masalah berayat. Hal ini turut menjejaskan keputusan PISA
& TIMSS di Malaysia kerana kebanyakan soalan PISA & TIMSS lebih
berbentuk teks yang panjang lebar (Abdul Halim Abdullah, Johari Surif &
Norhasniza Ibrahim, 2014). Soalan tersebut memerlukan pemahaman, terjemahan dan
refleksi dengan kehidupan sebenar dalam kalangan murid.
Oleh itu, guru memainkan peranan penting
dalam membimbing murid untuk belajar cara menyelesaikan soalan penyelesaian
masalah berayat. Faktor-faktor yang menyumbangkan murid tidak berminat dalam
cuba menjawab soalan tersebut adalah disebabkan lemah dalam bahasa, sikap malas
untuk membaca soalan, soalan mempunyai teks yang berpanjangan, tidak dapat
memahami kehendak soalan dan sebagainya. Maka guru perlulah mempelbagai
pengajarannya atau memperkenalkan cara menyelesaikan masalah berayat tersebut
mengikuti kreativiti dan inovasi guru. Bah kata pepatah, setiap penyakit ada
penawarnya, setiap masalah ada cara penyelesaiannya, maka guru perlulah banyak
berinovatif dan bersungguh-sungguh dalam membantu anak murid dalam memupuk
minat serta menguasai cara menyelesaikan soalan masalah berayat.
3.0
Penutup
Secara keseluruhannya, pelbagai pihak
berperanan penting dalam menghadapi isu-isu yang wujud dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah. Pihak-pihak yang terlibat
hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam menangani setiap isu yang
timbul agar sistem pendidikan yang berkesan dapat diwujudkan di sekolah. Dengan
adanya sistem pendidikan yang berkesan, maka Malaysia dapat melahirkan modal
insan yang mahir di dalam bidang teknologi, berilmu pengetahuan, bernilai murni
dan berkemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah kompleks seiring dengan
hasrat FPK.
4.0
Rujukan
Abdul
Halim Abdullah, Johari Surif & Norhasniza Ibrahim. (2014, April 10). Pisa 2012: di mana kedudukan malaysia untuk
subjek matematik? Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/308889595_PISA_2012_DI_MANA_KEDUDUKAN_MALAYSIA_UNTUK_SUBJEK_MATEMATIK
Faizah
Binti Ja'apar. (2017, Julai). Bahan
bantu mengajar (bbm) dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) di sekolah
menengah kebangsaan (smk) daerah pontian. Retrieved from
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9573/1/FAIZAH_JA%E2%80%99APAR.pdf
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Dokumen standard
kurikulum dan pentaksiran matematik tahun 4. Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum
Lan.
(2017, October 30). Tak minat sains dan matematik kerana rasa 'terbeban'.
Retrieved from Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/344138/tak-minat-sains-dan-matematik-kerana-rasa-terbeban
Mohd
Tafizam & Ramlee Mustapha. (2017, March). Kemudahan prasarana dalam pelaksanaan mata pelajaran teknologi
kejuruteraan, lukisan kejuruteraan dan reka cipta di sekolah menengah harian
malaysia. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/317785315_Kemudahan_Prasarana_Dalam_Pelaksanaan_Mata_Pelajaran_Teknologi_Kejuruteraan_Lukisan_Kejuruteraan_dan_Reka_Cipta_di_Sekolah_Menengah_Harian_Malaysia
No comments:
Post a Comment