Artikel yang berkaitan dengan motivasi pelajar dan membuat satu rumusan

 

Motivasi amat penting dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Sebagai seorang guru yang mementingkan peranan motivasi dalam pengajaran anda dikehendaki mencari sebuah artikel yang berkaitan dengan motivasi pelajar dan membuat satu rumusan tentang artikel tersebut dengan memberi justifikasi dan contoh yang sesuai. Artikel bolehlah diambil dari akhbar, majalah atau jurnal yang telah diterbitkan. Artikel asal perlu disertakan dalam tugasan.

1.0.        Pengenalan

            Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, motivasi bermaksud keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan. Menurut kamus tersebut, motivasi juga bermaksud sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat. Dari sini, dapat kita ketahui bahawa motivasi memainkan peranan yang amat penting untuk membangkitkan keinginan dan semangat seseorang pelajar untuk berusaha untuk menimba ilmu supaya dapat meningkatkan pencapaiannya dalam pelajarannya. Sebagai seorang guru yang mementingkan peranan motivasi dalam pengajarannya, adalah amat penting bagi guru tersebut untuk mengetahui jenis motivasi dan cara motivasi mempengaruhi seseorang murid supaya dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh guru tersebut. Maka, satu artikel tentang motivasi telah diperoleh dari laman web. Dengan berpandukan artikel tersebut, satu rumusan tentang artikel telah dibuat dengan memberi justifikasi dan contoh yang sesuai.

2.0.        Rumusan terhadap artikel.

Artikel yang diperoleh ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, bertajuk Tanggapan Diri Positif. Artikel ini mengisahkan bahawa tanggapan dan cara berfikir harus berubah. Tanggapan dan cara fikir yang  positif dapat meletakkan diri kita dalam situasi yang lebih baik. Dengan adanya tanggapan yang positif wujud dalam fikiran kita, kita dapat mengharungi cabaran hidup, menyelesaikan masalah dan mengawal emosi dengan baik. Bukan itu sahaja, tanggapan yang dibentuk adalah hasil daripada faktor persekitaran. Faktor-faktor persekitaran ini akan mempengaruhi tanggapan seseorang sehingga menjadi pegangan hidup dan rujukan kepada seseorang sekiranya berlaku sesuatu perkara. Tanggapan ini telah mempengaruhi kita semasa menilai diri sendiri. Pada akhir artikel ini, penulis juga menasihati pembaca supaya mempelajari daripada pengalaman orang yang berjaya dan bergaul dengan orang yang berjaya dalam hidup untuk mewujudkan tanggapan yang positif terhadap diri sendiri. Hal ini demikian kerana melalui perbualan dengan orang yang berjaya, kita dapat mempelajari cara pemikiran mereka dan cara mereka menangani sesuatu masalah sikap mereka terhadap masalah tersebut. Pengalaman mereka memainkan peranan penting dalam membantu kita membina tanggapan yang positif serta memupuk semangat yang positif semasa kita menghadapi sesuatu masalah dalam kehidupan seharian kita.

3.0.        Justifikasi dan Contoh berdasarkan artikel.

Dari artikel motivasi yang ditulis oleh penulis ini, beberapa justifikasi telah dibuat berserta dengan contoh yang sesuai. Sesungguhnya motivasi telah dibahagikan kepada dua jenis, iaitu Motivasi Intrinsik dan Motivasi Ekstrinsik. Motivasi Intrinsik merupakan dorongan dan minat yang terdapat dalam diri seseorang tanpa mengambil kira ganjaran dan peneguhan yang akan diberi. Biasanya seseorang yang bermotivasi intrinsik akan melaksanakan tugasan dan kewajipan secara sukarela kerana mereka menganggap penglibatan dalam tugasan tersebut akan menyeronokkannya. Bagi Motivasi Ekstrinsik, motivasi ini dibentuk daripada faktor luaran, iaitu ganjaran dan dendaan. Punca motivasi ini wujud adalah disebabkan faktor persekitaran seseorang. Dengan adanya ganjaran atau dendaan yang sesuai, dapat mengalihkan seseorang ke arah kejayaan dalam pembelajaran.

Dalam artikel motivasi yang mengisahkan pembentukan tanggapan positif terhadap diri sendiri, motivasi intrinsik telah digunakan oleh penulis. Dalam seluruh artikel, penulis menggunakan kata-kata yang murni untuk menggesa pembaca untuk berfikir tentang dirinya. Dari pemikiran pembaca, wujudnya konflik dalaman tentang tanggapan pembaca terhadap diri mereka. Dengan ini, menimbulkan naluri ingin mencuba dan menukar tanggapan lama yang negatif terhadap dirinya. Semasa menyampaikan motivasi intrinsik, penulis telah menggunakan pendekatan yang pelbagai supaya dapat menyampaikan motivasinya secara berkesan. Antara pendekatan yang digunakan ialah pendekatan humanistik, pendekatan kognitif dan pendekatan sosiobudaya.

3.1.        Pendekatan Humanistik

Secara keseluruhannya, artikel motivasi ini menggunakan pendekatan humanistik untuk menyampaikan mesej-mesejnya. Dalam pendekatan humanistik, seseorang perlu memenuhi keperluannya dari segi fisiologi dan psikologi untuk mencapai penyempurnaan kendiri. Jadi, untuk memotivasikan seseorang, domain afektifnya haruslah disentuhi. Antara domain afektif seseorang ialah kompetensi, harga kendiri, autonomi, dan penyempurnaan diri. Dalam artikel ini, penulis menasihati pembaca agar mengubah tanggapan mereka yang negatif untuk meningkatkan kompetensi mereka sehingga dapat mencapai penyempurnaan kendiri. Artikel ini telah mengisahkan bahawa kita tidak dapat mengubah sesuatu yang telah berlaku namun, kita dapat mengubah tanggapan dan cara fikir kita. Bukan itu sahaja, artikel ini juga menggunakan pelbagai situasi untuk menggambarkan kepentingan pembentukan tanggapan diri yang positif. Melalui pendekatan ini, dapat merangsang pengalaman lampau seseorang yang mempunyai tanggapan yang salah terhadap diri mereka dan membimbing mereka supaya membentuk tanggapan yang positif.

Jadi, semasa guru memotivasikan murid-muridnya supaya mencapai pencapaian yang lebih baik dalam pelajaran, domain afektif murid haruslah sentiasa disentuh. Ini bermaksud, guru boleh menggunakan peneguhan dan ganjaran yang sewajarnya ketika murid-murid mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh guru. Dengan ini, keperluan fisiologi dan biologi murid dapat dipenuhi. Apabila keperluan murid telah dipenuhi, tentulah mereka akan bekerjasama dengan guru dan matlamat guru dapat dicapai.

3.2.        Pendekatan Kognitif

Dalam perenggan kedua, penulis telah menggunakan pendekatan kognitif untuk menyedarkan manusia supaya mempunyai tanggapan yang positif terhadap sesuatu perkara. Teori pendekatan kognitif mengatakan bahawa pandangan dan cara seseorang individu berfikir akan mempengaruhi tingkah laku mereka terhadap sesuatu perkara. Mengikut teori pendekatan kognitif, teori ini menerangkan bahawa arah di mana tingkah laku diambil boleh diterangkan berdasarkan empat pengaruh, iaitu keperluan untuk membina suatu asas pengetahuan yang teratur dan konsisten, harapan seseorang untuk menyempurnakan tugasan dengan berjaya, faktor-faktor di mana seseorang percaya akan menghasilkan kejayaan atau kegagalan dan kepercayaan seseorang terhadap kebolehan kognitif. Penulis telah mengaplikasikan teori ini dengan mengaitkan isi artikel ini dengan pengalaman manusia dalam menyelesaikan masalah mereka.

Dari artikel motivasi ini, penulis telah menekankan bahawa  harapan dan kepercayaan dalam menghasilkan kejayaan amat diperlukan dalam seseorang individu. Penulis telah menyatakan pemikiran yang kerap ada dalam manusia semasa menghadapi sesuatu masalah. Menurut penulis, kejayaan merupakan satu pilihan hidup dalam seseorang. Biasanya, pandangan manusia terhadap kejayaan ialah kejayaan adalah ditetapkan oleh takdir atau bergantung pada nasib tersebut tetapi pandangan tersebut tidak tepat. Untuk membetulkan pandangan pembaca terhadap kejayaan, penulis menerangkan bahawa kejayaan adalah diperolehi melalui sikap, pandangan dan cara seseorang berfikir terhadapnya. Kebolehan seseorang dalam menghadapi cabaran hidup, menyelesaikan masalah, dan mengawal emosinya banyak bergantung kepada tanggapan yang wujud dalam pemikirannya sama adanya positif atau negatif. Melalui artikel ini, penulis juga menyedarkan pembaca bahawa matlamat, harapan, atribusi, skema dan keinginan dalam pemikiran seseorang secara tidak langsungnya akan mempengaruhi individu tersebut mendapat hasil berdasarkan keinginan mereka sama ada positif atau negatif.

Dari sini, dapat kita dapati bahawa perubahan pemikiran dan pandangan memainkan peranan yang amat penting untuk memotivasikan seseorang murid supaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh guru. Misalnya, sekiranya murid tidak suka sesuatu mata pelajaran, guru perlu menggunakan pelbagai cara untuk memotivasikan murid supaya mereka dapat mengubah tanggapan dan pemikiran mereka terhadap mata pelajaran tersebut. Apabila murid mula berminat terhadap mata pelajaran tersebut, maka senang untuk guru untuk mencapai matlamatnya. Hal ini demikian, kerana murid yang berminat akan mempunyai semangat untuk belajar dan naluri untuk mencari jawapan bagi masalah yang dihadapi pada mata pelajaran tersebut akan bertambah kuat.

3.3.        Pendekatan Sosiobudaya

Artikel motivasi ini juga menyatakan bahawa motivasi dapat dihasilkan melalui pemerhatian, peniruan dan peneguhan. Dalam artikel motivasi ini, penulis telah menggunakan pendekatan sosiobudaya. Dalam artikel perenggan keempat, mengisahkan bahawa tanggapan terbentuk akibat pengaruh ibu bapa, pengalaman lampau, peristiwa penting, pergaulan, bahan-bahan bacaan, media serta idola. Menurut Bandura (1977),  peranan kepercayaan efikasi kendiri dalam konteks di mana people’s level of motivation, affective states, and actions are based more on what they believe than on what is objectively true. Hal ini menunjukkan bahawa persepsi efikasi kendiri membantu manusia dalam menentukan cara individu menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh mereka. Namun begitu, persepsi efikasi kendiri ini dapat dipengaruhi oleh pengalaman lampau, pengalaman vikarious, input lisan daripada pihak luar terhadap kepercayaan kebolehan individu menyempurnakan tugas dan gerak hati fisiologikal dan emosi. Seperti yang dinyatakan dalam artikel motivasi ini, penulis jelas menyampaikan teori pendekatan sosiobudaya ini. Jika semua berita negatif yang didengar tersebut dan kita menganggapnya sebagai fakta yang benar, maka kepercayaan ini secara tidak langsungnya akan mempengaruhi kita untuk menjauhi sebarang situasi yang sama dengan berita yang diketahui. Keadaan ini akan merugikan diri kita dan memerangkap diri sendiri kerana bukan setiap perkara adalah sama serta setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Kita akan mengalami risiko kehilangan peluang untuk berjaya dalam kehidupan seharian kita sekiranya kita langsung tidak memberi peluang kepada diri kita untuk mencuba.

Oleh itu, sekiranya guru ingin memotivasikan murid untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam sesuatu mata pelajaran, guru perlu memastikan dirinya pakar dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu, guru juga perlu menyampaikan pengajaran dengan seronok. Hal ini demikian, kerana sekiranya guru sendiri berasa bosan terhadap pengajaran yang disampaikan, murid sudah tentu akan berasa bosan dan tidak berminat terhadap pengajaran yang disampaikan. Oleh itu, guru boleh menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik, mengadakan aktiviti kumpulan, lawatan sambil belajar, dan inisiatif lain yang menarik untuk menarik minat murid.

4.0 Penutup

            Secara keseluruhannya, artikel yang ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, bertajuk Tanggapan Diri Positif telah mengaplikasikan pendekatan humanistik, kognitif dan sosialbudaya untuk menyampaikan ideanya terhadap tanggapan diri positif. Beliau berharap pembaca artikel ini dapat mengubah pemikiran mereka dan mewujudkan tanggapan positif dalam diri mereka demi mencapai kejayaan dalam hidup. Hal ini demikian kerana beliau mengatakan bahawa persekitaran serta pengalaman dapat mempengaruhi tanggapan diri terhadap sesuatu perkara tetapi kejayaan adalah diperolehi melalui sikap, pandangan dan cara seseorang berfikir terhadapnya.

No comments:

Post a Comment

【动漫介绍】一次推荐25部!开局就开挂的动漫

  【动漫介绍】一次推荐25部!开局就开挂的动漫 这支影片主要推荐一些一路虐人无数,看了都爽歪歪的动漫。 每一部动漫里的主角都是有不同的能力并一开局就开满挂,一路畅通无阻。 一些动漫中主角是由尽力过努力而提升自己的能力。那么龙傲天系列的主角呢, 他们则是一路基本属性以及技能都是...