Filem yang dipilih: 13. Freedom Writers
(2007)
Sinopsis Movie:
Filem ‘Freedom
Writers’ yang disiarkan pada tahun 2007 mengatakan kisah seorang guru,
Cikgu Erin Gruwell yang bersemangat dalam mengajar segolongan remaja yang
dilabelkan sebagai pelajar yang tidak dapat diajar di Sekolah Menengah Wilson
yang terletak di Long Beach. Di bawah
pengaruh bapanya yang terlibat dalam pergerakan hak sivil, beliau telah memilih
Sekolah Menengah Wilson yang mempunyai program integrasi sebaik sahaja
pemberontakan berlaku di Los Angeles
pada tahun 1992. Program integrasi diperkenalkan bertujuan menamatkan pemisahan
masyarakat berasaskan kaum di sekolah awam dan swasta. Pada mulanya, cikgu Erin
ditakutkan dengan perkara seperti melihat pergaduhan berlaku, ternampak seorang
budak lelaki mengeluarkan pistol, serta mengalami cabaran dan hinaan daripada
pelajarnya. Pelajarnya mempertahankan diri mereka dengan cara tersebut kerana
mereka berpendapat bahawa semua guru berkulit putih melabelkan mereka sebagai kelas
tidak bernilai dan tidak perlu diberi perhatian. Walaupun usaha cikgu Erin
tidak disokong oleh rakan sekerja senior, ayah serta suaminya, namun beliau
tetap mencari jalan untuk berkomunikasi dengan pelajarnya. Pada suatu hari, pelajar
yang bernama Jamal telah diejek oleh rakannya, Tito dengan lukisan. Cikgu Erin
cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan menerapkan sejarah orang Jewis serta
pengajaran di dalam kelas. Namun, seorang pelajar, Eva telah mengeluarkan kemarahannya
terhadap beliau. Eva menyatakan bahawa dunia ini diuruskan oleh orang putih dan
segala keputusan yang dibuat adalah berdasarkan warna kulit. Kebencian dan
kemarahan Eva tersebut adalah disebabkan oleh pengalaman yang dialami semasa
kecil. Melalui perkara ini, cikgu Erin memahami bahawa pelajarnya berpisah dan
terlibat dalam peperangan geng adalah disebabkan mereka tidak mengetahui cerita
serta kehidupan masing-masing. Maka, beliau mula pengajarannya dengan aktiviti On Line Game untuk memberi peluang
kepada pelajar memahami persamaan yang ada dalam kalangan mereka walaupun
berbeza warna kulit. Selepas aktiviti tersebut, pelajar disuruh menulis diari
setiap hari. Cikgu Erin juga membuat lawatan sambil belajar ke Muzium Holocaust dan memperkenalkan pembacaan
buku Anne Frank iaitu The Diary of a young Girl yang lebih
mendekati kehidupan pelajarnya. Cerita Anne Frank yang menyentuh hati pelajarnya
telah mendorong mereka mengumpul wang untuk membawa Miep Gies, wanita yang menyembunyikan Frank dari Nazi, ke kampus.
Dengan kehadiran Miep Gies dan perkongsian
cerita serta pengajaran, pelajar kelas Erin telah berubah sepenuhnya dan
menerima Cikgu Erin dengan memberi penghormatan kepada beliau.
Isu-isu/ perkara-perkara dalam pendidikan
yang dibincangkan
Isu-isu dalam pendidikan yang dibincangkan melalui filem
ini adalah masalah diskriminasi kaum
yang wujud dalam kalangan pelajar, guru serta sistem pendidikan pada masa
tersebut. Dalam filem ini, diskriminasi kaum jelas ditunjukkan melalui sistem
pendidikan yang melabelkan pelajar cemerlang serta pelajar yang tidak dapat
diajar, tindakan seseorang guru meminta seorang pelajar yang berbeza warna
kulit mengeluarkan padangan terhadap sesuatu perkara yang mewakili perspektif kaumnya
serta peperangan geng dalam kalangan pelajar. Diskriminasi kaum ini wujud
disebabkan semua kaum tidak menghormati antara satu sama lain dan hanya
membezakan masing-masing dengan warna kulit. Keadaan ini diterukkan lagi dengan
pengajaran ibu bapa serta sistem pendidikan yang mengajar mereka berjuang untuk
kaum masing-masing sejak kecil. Oleh itu, semua kaum melibatkan diri dalam
peperangan geng di mana mereka akan memperoleh penghormatan dan penghargaan
daripada orang lain sekiranya menang dalam pergaduhan. Faktor yang menyebabkan
diskriminasi kaum ini berlaku ialah semua kaum tidak pernah cuba memahami
persamaan dalam kalangan kaum yang berbeza serta kehidupan dan budaya kaum lain.
Hal ini disebabkan sistem pendidikan pada masa tersebut tidak mementingkan
budaya kaum serta peristiwa bersejarah. Filem ini telah menjelaskan kepentingan
budaya kaum serta peristiwa bersejarah seperti Holocaust yang dinyatakan melalui perubahan pelajar cikgu Erin dari
awal yang berpecah belah sehingga menjadi satu keluarga. Pendek kata,
diskriminasi kaum yang wujud dalam masyarakat adalah disebabkan pendidikan yang
tidak mementingkan budaya kaum serta peristiwa bersejarah di dalam kelas.
Isu-isu pendidikan seterusnya adalah sistem pendidikan yang tidak membekalkan sumber kepada
murid lemah ke pengajian yang lebih tinggi dalam filem ini. Filem ini telah
menunjukkan ketidakadilan dalam sistem pendidikan di sekolah mengenah Wilson.
Sistem pendidikan yang melabelkan pelajar cemerlang dan pelajar tidak dapat
diajar telah menentukan sumber pengajaran yang boleh dibekalkan kepada pelajar.
Keadaan ini telah menyebabkan pelajar cikgu Erin yang kebanyakan pelajar
mempunyai masalah keluarga, warna kulit yang berbeza atau terlibat dalam
jenayah juvana tidak dibekalkan bahan atau sumber pembelajaran. Isu ini berlaku
disebabkan pihak pentadbir sekolah mempunyai tanggapan bahawa pelajar cikgu
Erin akan merosakan buku yang dipinjam serta membazirkan sumber sekolah.
Keadaan ini turut menyebabkan pelajar cikgu Erin berasa tidak dihormat dan
benci terhadap sekolah serta menganggap sekolah itu satu penjara kepada mereka.
Isu ini jelas menyatakan bahawa setiap individu sepatutnya mempunyai peluang
belajar yang sama tanpa mengira latar belakang, tahap penguasaan serta warna
kulit pelajar itu. Kesamarataan peluang belajar dalam kalangan pelajar turut
disokong dengan perkara cikgu Erin ingin menghasilkan buku yang mengandungi
diari semua pelajarnya. Beliau percaya bahawa pelajarnya mempunyai hak untuk menyebarkan
cerita mereka ke dunia ini dengan suara masing-masing. Tuntasnya, pelabelan
pelajar dalam sistem pendidikan menentukan kualiti pengajaran perlu dikikis di
mana semua individu tanpa mengira latar belakang dan warna kulit mempunyai
garis permulaan dan peluang belajar yang sama. Sikap seseorang individu dalam
pembelajaran yang menentukan kejayaan dalam hidupnya.
Isu-isu pendidikan yang
turut dibincangkan dalam filem ini adalah profesionalisme
seseorang guru dalam pendidikan. Terdapat sebahagian guru atau pihak tidak
menyokong terhadap perubahan atau program yang telah diperkenalkan oleh pihak
kerajaan. Terutamanya Miss Campbell
serta rakan baiknya, Mr Brian Gelford
telah mengkritik program intergrasi yang dilaksanakan serta pelajar Cikgu Erin.
Mereka mempunyai tanggapan bahawa semua pelajar yang terlibat dalam program
tersebut merupakan pelajar yang tidak membawa manfaat atau mengharumkan nama
sekolah. Dengan itu, kebanyakan sumber pembelajaran serta pengajaran telah dihadkan
kepada pelajar tersebut. Cikgu Erin yang berusaha dalam membantu pelajarnya
turut diejek dan diadu oleh Miss Campbell
dan Mr Brian Gelford. Sebagai seorang
pendidik yang profesional, kami sepatutnya menerima setiap pelajar dan memberi
peluang yang sama kepada mereka. Sekiranya pelajar tidak difahami dan
dihormati, mereka juga tidak akan menghormati kami walaupun kami seorang
pendidik. Melalui kisah cikgu Erin dalam mengajar pelajarnya, beliau telah
berjaya mengubah sikap pelajarnya dengan aktiviti pengajaran yang berbeza
seperti ‘line game’, lawatan ke muzium, penulisan jurnal, penjanaan dana, menjemput penceramah
dan penghasilan buku serta melibatkan diri dalam belajar bahasa serta budaya
pelajarnya. Hal ini jelas menunjukkan bahawa seseorang guru yang menghormati
dan mengajar pelajar dengan hati yang ikhlas akan mempengaruhi sikap mereka
terhadap pembelajaran.
Penutup:
Secara kesimpulannya, filem Freedom Writers (2007) ini telah menyedarkan saya bahawa seorang
pendidik haruslah mempunyai matlamat serta hala tuju dalam diri masing-masing
agar kami berautonomi dalam mendidik pelajar. Seorang pendidik yang profesional
dapat menjadi teladan baik kepada anak murid serta mendapat penghormatan
daripada mereka. Sebelum mengkritik seseorang murid, kami perlulah memahami
terlebih dahulu latar belakangnya serta menerimanya dengan hati yang buka. Filem
ini turut menonjolkan bahawa pengajaran seseorang guru perlulah memusatkan
murid seperti cikgu Erin. Hal ini demikian kerana murid-murid merupakan
individu yang menentukan satu pembelajaran itu berkesan atau tidak. Akhirnya, murid-murid
merupakan seorang pemerhati yang baik dan kami perlulah berusaha dalam membantu
mereka dan mengubah sikap mereka dalam pembelajaran, bukan semata-mata hanya mengritik
dan memarahi mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Cikgu Erin, perkataan seperti
“You can’t”, “Things never change” dan “You
still the person you were before” perlu dielakkan agar murid-murid mendapat
galakkan untuk berubah dan bermula dengan diri yang baru.