Doing this 4 steps, risk of dementia will be reduced!
Doing this 4 steps, risk of dementia will be reduced!
未来十年,最容易被淘汰的9种人!
In your opinion, what are upmost important things to do hierarchically in the KPM's school system. Jelaskan serta beri ulasan ringkas dalam bahasa Malaysia.
1.0 Pengenalan
Sistem sekolah adalah satu penubuhan termasuk pelan,
bangunan dan peralatan untuk menyediakan pendidikan dari tadika sehingga ke
sekolah menengah sama ada sistem sekolah tersebut penubuhan struktur awam atau
swasta (The Free Dictionary, 2003). Sistem sekolah di Malaysia telah
membekalkan pendidikan secara percuma kepada semua murid sehingga sekolah
menengah agar semua murid mempunyai peluang yang sama untuk belajar, memperoleh
ilmu pengetahuan dan mengembangkan potensi masing-masing di sekolah. Semua
murid akan mengalami 6 tahun di sekolah rendah, 5 tahun sekolah menengah, satu
tahun hingga dua tahun di Tingkatan 6, matrikulasi atau program pra universiti
dan 3 hingga 5 tahun untuk mengambil izajah sarjana muda. Sistem sekolah ini
wujud bertujuan memastikan semua rakyat belajar ilmu pengetahuan serta
kemahiran yang berbeza sejak kecil sehingga mereka mencapai kepakaran dalam
sesuatu bidang dan dapat menyara diri dengan kepakaran tersebut. Pembelajaran secara berperingkat di sistem sekolah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) adalah menyediakan generasi baru ini mempunyai
kemahiran dan kemampuan dalam membimbing dan memajukan Malaysia sehingga mempunyai
daya saing yang setaraf dengan negara-negara maju.
Di Malaysia, semua kanak-kanak diwajibkan melalui
sistem sekolah tersebut. Mengikut akta Pendidikan 1996 Pindaan 2002, semua
kanak-kanak yang berumur 7 tahun wajib melapor diri di sekolah rendah atau
menghadiri sekolah swasta untuk belajar. Kerajaan akan mengambil tindakan
terhadap ibu bapa yang gagal menghantar anak mereka ke sekolah. Hal ini
demikian kerana undang-undang pendidikan wajib bagi anak yang berumur 7 tahun telah
ditetapkan dalam akta pendidikan 1996 melalui Seksyen 29A(2) serta dikuasakan
mulai tahun persekolahan 2003 (Nor Azura Md Amin, 2019). Perkara ini telah
jelas menunjukkan bahawa kerajaan sangat menitikberatkan pendidikan dan berusaha
menambahbaikan sistem sekolah di Malaysia. Dengan itu, pendidikan di Malaysia diharapkan
dapat melahirkan generasi baru yang berpotensi dan berkembang secara menyeluruh
dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial serta memperolehi
kemahiran-kemahiran abad ke-21 selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) melalui sistem sekolah yang dilancarkan.
2.0 Mengutamakan
Penerapan Nilai Murni dan Budaya dalam Sistem sekolah
Pada pendapat saya, sistem pendidikan yang
mengembangkan potensi individu seseorang murid serta memupuk amalan dan nilai
yang baik dalam kalangan murid perlu diutamakan pada pendidikan awal. Pada
pendidikan awal terutamanya pra sekolah dan sekolah rendah, guru-guru perlulah
mengambil berat terhadap penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata
pelajaran. Hal ini demikian kerana amalan dan sikap yang baik akan mempengaruhi
kehidupan seseorang individu dari segi pemikiran, pertuturan serta perlakuannya.
Sistem persekolahan sekarang iaitu KSSR semakan mulai tahun 2017 sepatutnya
tidak lagi menilai individu berdasarkan gred atau markah serta mengasingkan
kelas berdasarkan tahap penguasaan akademik. Pemansuhan amalan ini dilaksanakan
bertujuan memastikan pembangunan perwatakan yang baik serta mengelakkan
murid-murid dilabelkan sebagai murid yang cemerlang dan murid yang lemah (Mohd
Sabran Md Sani, 2019). Demi memupuk
daya saing yang positif serta membina ciri-ciri perwatakan yang positif dalam
kalangan murid, guru-guru perlulah bekerjasama dengan pihak sekolah serta pihak
KPM bagai aur dengan tebing. Guru-guru perlulah memikul tanggungjawab masing-masing
dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam PdPc seharian serta membuat
pentaksiran bilik darjah dengan mengambil kira aspek sikap dan nilai-nilai
murni seseorang murid. Dari perubahan sistem sekoah KBSR sehingga KSSR semakan
ini, segala PdPc yang dilaksanakan oleh guru perlulah diterapkan dengan
nilai-nilai murni secara formal atau tidak formal. Selain guru, pihak sekolah juga
boleh mengadakan ceramah atau mengadakan aktiviti seperti permainan berstesen,
aktiviti rekreasi, pertandingan kecil dan sebagainya untuk memupuk nilai-nilai
murni dalam kalangan murid. Aktiviti tersebut telah memberi peluang kepada
murid-murid untuk belajar berkomunikasi dan bekerjasama dengan individu yang
lain.
Penerapan nilai-nilai murni harus
dimulakan pada peringkat awal persekolahan kerana murid-murid yang pada usia
awal lebih senang membentuk and mengukuhkan sikap dan amalan yang baik.
Sekiranya dewasa, suatu amalan dan sikap yang tidak baik akan sukar untuk
diubah dan sukar diajar lagi. Bah kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya, semua pihak yang terlibat hendaklah menfokuskan usaha dalam mendidik
murid-murid sejak kecil lagi. Segala nilai-nilai murni serta amalan yang baik dalam
kehidupan seperti berterima kasih, bertolak ansur, saling menghormati, nilai
kasih sayang dan sebagainya perlulah dipupuk dalam kalangan murid. Penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan
murid sangat penting kerana tiada amalan nilai-nilai murni dalam diri seseorang
individu akan menyebabkan masalah sosial berlaku. Sebagai contoh, masyarakat
yang tiada amalan nilai-nilai murni akan menyebabkan keluarga berpecah, gejala
sosial berlaku, susah menghadapi tekanan kerja dan masalah-masalah lain akan timbul
dalam kehidupan seharian mereka (Norazri Bin Mohd Zaidin, 2015). Pendek kata,
pihak KPM hendaklah memastikan sistem sekolah di Malaysia adalah mengutamakan
penerapan nilai-nilai murni dan amalan yang baik dalam kalangan murid agar
masyarakat yang mempunyai perwatakan yang baik dapat dilahirkan.
Selain mengambil berat terhadap kemenjadian
murid, sistem sekolah KPM turut perlu mengalakkan pengamalan budaya Malaysia di
sekolah. Pada zaman teknologi ini, generasi kini semakin tidak
menghargai budaya yang telah diwarisi oleh nenek moyang disebabkan tahap kesedaran
mereka yang terlalu rendah dalam melindungi budaya tersebut. Semua budaya yang
ada di Malaysia perlu dilindungi dan diwaris dari generasi ke generasi kerana suatu
budaya mempunyai identiti, sejarah dan tujuan yang tersendiri dan perlu
diwarisi oleh setiap orang tanpa mengira kaum dan agama. Budaya amat penting
untuk difahami oleh masyarakt melalui sistem sekolah KPM. Setiap sekolah digalakkan
memperkenalkan budaya setiap kaum kerana budaya sendiri mempunyai nilai-nilai
murni dan sikap menghormati. Kedua-dua unsur ini sudah hampir terkikis dalam diri
masyarakat zaman kini. Masyarakat kini sudah mula hilang hormat terhadap orang
lain. Sebagai contoh, virus COVID-19 yang kian merebak di seluruh dunia telah
meragut banyak nyawa. Namun,
terdapat masyarakat yang tidak berbudaya telah menyalahkan tempat asal virus
tersebut sedangkan orang lain sedang berusaha dalam memerangi dengan virus itu.
Di negara kita pula, terdapat juga sesetengah masyarakat menyalahkan kaum
tertentu dengan menulis teks yang menimbulkan perselisihan faham wujud di
antara kaum. Dalam situasi ini, rakyat sepatutnya bersatupadu dalam menghadapi
situasi tersebut dan bukanlah menyalahkan pihak tertentu. Walaupun China telah
banyak dipersalahkan dan diejek oleh media massa dengan menamakan virus
tersebut dengan ‘virus China’ atau ‘pneumonia Wuhan’. China yang berpegang
dengan budaya ‘jika beri aku buah betik, aku balas permata jed’, China tetap
berkongsi rancangan pencegahan dan pengawalan jangkitan COVID-19 serta
sumber-sumber perubatan ke negara yang terjejas termasuk Iran, Korea dan Itali
(Bai Tian, 2020).
Tindakan China tersebut jelas
menunjukkan bahawa pengekalan dan pengamalan budaya yang baik akan menonjolkan
rasa hormat dan sikap atau jati diri yang murni secara tidak langsung dalam
kalangan masyarakat. Tambahan pula, pengamalan budaya Malaysia ini
dapat memastikan satu peraturan wujud dalam kehidupan masyarakat dan saling
bergantung serta mematuhinya. Dengan itu, masyarakat akan mencapai satu kefahaman
dan mewujudkan perpaduan antara kaum. Sikap hormat antara satu sama lain juga
akan mengelakkan perselisihan faham berlaku melalui bahasa menyakiti kaum lain
atas perkara-perkara yang remeh. Pihak KPM dicadangkan boleh mengadakan
aktiviti lawatan ke sekolah lain agar memberi peluang kepada murid-murid yang
berbeza kaum untuk berkomunikasi dan memahami budaya masing-masing. Tuntasnya,
sistem sekolah KPM perlulah menggalakkan penerapan budaya kaum di sekolah dan
memastikan setiap murid mengamalkan budaya baik sejak kecil agar masyarakat
yang saling menghormati dan bersatu padu dapat dilahirkan.
3.0 Pengurangan
Kandungan Mata Pelajaran
Kandungan Mata Pelajaran sekarang berbeza
dengan yang dahulu di mana segala kandungan bukan sahaja mementingkan
penyampaian suatu ilmu malah penerapan nilai-nilai murni turut dititikberatkan.
Namun begitu, guru-guru di sekolah menghadapi masalah kesuntukkan masa dalam
menghabiskan kandungan mata pelajaran yang padat. Dalam suatu kelas, guru-guru
bukan sahaja perlu menyampaikan kandungan mengikut standard kandungan malah
guru-guru perlulah menerapkan nilai-nilai murni serta elemen-elemen merentasi
kurikulum dalam suatu kelas. Segala aktiviti yang dijalankan perlulah
memusatkan murid telah menyebabkan guru perlulah mengambil lebih masa untuk
menghabiskan suatu topik. Secara tidak langsung, guru akan mencari jalan untuk
mempercepatkan progress pengajaran. Kebanyakan guru akan memberi kerja rumah
kepada murid dan perbincangan terhadap latihan tersebut akan diabaikan. Keadaan
ini telah menyebabkan murid-murid terpaksa belajar sendiri dan mencari jawapan
melalui pembelajaran kendiri sehingga membebankan seseorang murid.
Pada peringkat sekolah rendah, pembentukan
sahsiah perlulah diutamakan dan kandungan setiap mata pelajaran perlu
dikurangkan agar tidak begitu padat. Segala kandungan yang ingin disampaikan
perlulah lebih fokus kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) serta
amalan nilai rutin berbentuk harian. Untuk mengelakkan tekanan wujud dalam
kalangan guru dan murid, gurusendiri hendaklah berfikir secara kreatif dan
kritis dalam merancang suatu PdPc. Suatu PdPc tidak semestinya perlu menerapkan
pelbagai elemen, namun aspek yang perlu diambil berat adalah pengajaran
tersebut haruslah merupakan pengajaran didik hibur dan aktiviti yang
dilaksanakkan adalah berpusatkan kepada murid. Dengan itu, murid-murid dapat
bermain sambil belajar mengikut kemampuan maisng-masing tanpa ada paksaan wujud
dalam pembelajaran tersebut. Hal ini demikian kerana seseorang individu dipaksa
untuk melakukan perkara yang tidak disukai akan menghadapi masalah emosi dan
tekanan. Oleh itu, murid-murid perlu diberi kebebasan dalam pembelajaran terutamanya
pada peringkat sekolah rendah tanpa dibebankan soalan-soalan KBAT serta
Kemahiran STEM. Kemahiran-kemahiran ini dicadangkan dititikberatkan dan diberi
latihan banyak semasa murid-murid sampai ke sekolah menengah nanti.
Sistem sekolah KPM
selain mementingkan pembinaan kemenjadian murid, malah kegiatan kokurikulum di
sekolah juga perlu digalakkan. Kegiatan kokurikulum di sekolah telah memainkan
peranan penting
dalam perkembangan potensi individu dan pembentukan jati diri dalam kalangan
murid. Murid-murid dapat belajar cara berkomunikasi serta bekerjasama dengan
individu lain dalam akitiviti kokurikulum terutamanya aktiviti kumpulan. Penglibatan
dalam kokurikulum dapat membantu seseorang murid memperoleh pelbagai kemahiran
yang amat berguna dalam kehidupan seharian seperti pertolongan cemas,
jenis-jenis ikatan, cara mendirikan khemah dan sebagainya. Tambahan pula, setiap
kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang
membantu membangunkan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial murid secara
seimbang seperti yang dinyatakan dalam FPK. Untuk memantapkan lagi kurikulum
serta kegiatan kokurikulum di sekolah, pihak KPM boleh mengadakan latihan
kursus dari semasa ke semasa kepada semua guru di Malaysia. Hal ini dapat
memastikan semua guru menguasai kemahiran tertentu dalam menambahbaikan PdPc
dan kegiatan kokurikulum di sekolah. Dengan cara pengajaran dan pemudahcara
yang efektif, sistem sekolah KPM dalam melahirkan murid-murid yang berkembang
secara menyeluruh dan berkemahiran akan menjadi lebih berkesan dan berguna.
4.0 Mendapat
Sokongan dan Kerjasama Ibu Bapa
Untuk menjayakan sistem sekolah KPM, kerjasama
daripada ibubapa merupakan satu perkara yang amat penting dan diperlukan. Kerelaan
ibubapa dalam membantu dan menyokong aktiviti atau program pihak sekolah melalui
pelbagai sumber dapat menjayakan sistem persekolahan KPM. Sekiranya setiap
aktiviti atau program yang dijalankan di sekolah dibantah semata-mata, pihak
sekolah tidak dapat memberi yang terbaik kepada anak murid dan sistem sekolah
KPM akan semakin meruntuh. Hal ini demikian kerana segala tindakan yang diambil
oleh KPM telah dihadkan oleh bantahan ibu bapa dan usaha menambahbaikan sistem
sekolah tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu, pihak sekolah boleh bekerjasama
dengan KPM dalam memberi ceramah atau menjemput warga ibu bapa untuk terlibat
dalam aktiviti sekolah. Tujuan tindakan ini adalah memberi peluang kepada para
ibu bapa untuk mengenali sistem sekolah dengan lebih lanjut dan memahami
objektif dan hala tuju sesuatu aktiviti dan program diadakan. Dengan
penglibatan para ibu bapa di sekolah, sistem sekolah akan menjadi lebih lancar
dan pendidikan akan menjadi lebih berkesan (Suresh Kumar N Vellymalay, 2017).
5.0 Peranan
Guru
Untuk meningkatkan keberkesanan suatu
sistem sekolah, guru merupakan watak yang penting dalam menjayakan sistem
sekolah tersebut. Hal ini demikian kerana guru merupakan individu yang mendidik
murid-murid di dalam kelas. Segala usaha yang dilakukan oleh guru akan
menentukan hasil generasi sama ada mempunyai kemahiran abad ke 21 dan
berkembang secara menyeluruh selaras dengan hasrat FPK atau tidak. Demi memastikan guru-guru berautonomi dalam mendidik
murid, guru-guru perlu diberi kebebasan bersuara serta mempunyai bilangan kerja
yang sesuai. Pihak KPM perlu mengurangkan kerja keranian guru-guru di sekolah
terutamanya catatan borang transit bagi pentaksiran bilik darjah. Sebenarnya
pihak Bahagian Pengurusan Kurikulum telah mengeluarkan satu templat perekodan
pentaksiran bilik darjah untuk guru-guru agar lebih senang dan memudahkan guru
dalam melakukan pentaksiran bilik darjah. Namun begitu, sebahagian pihak pentadbir
sekolah menyuruh guru-guru mesti melakukan perekodan borang transit semata-mata
untuk ditunjukkan kepada para ibubapa betapa kualiti suatu sistem pengurusan sekolah.
Keadaan ini telah mebebankan kerja para guru di sekolah sedangkan semua guru
mempunyai tugas-tugas lain yang diberi dari pihak pentadbir serta menguruskan
fail-fail ditanggungjawab.
Kebanyakan guru sekarang telah menghadapi
masalah tekanan dalam pekerjaan mereka. Guru bukan sahaja perlu mendidik anak
murid di sekolah, malah mereka turut perlu menguruskan tugas-tugas dari pihak
pentadbir sama ada dalam pengurusan kurikulum, pengurusan hal-ehwal murid atau
kokurkikulum. Kebanyakan guru yang bertanggungjawab dan berkemampuan telah
dijadikan sasaran untuk diberi tugas yang lebih banyak sehingga menyebabkan
guru tersebut tertekan dan menghadapi masalah kesihatan. Perbuatan pihak
pentadbir yang tidak prihatin serta memberi alasan guru muda perlu banyak
belajar demi melindungi sebahagian guru-guru yang digemari. Keadaan ini telah
menyebabkan budaya politik wujub di dalam pejabat menyebabkan sesetengah guru
selalu dijadikan sasaran untuk dibuli dan boikot. Keadaan ini telah memburukan
kesihatan mental serta fizikal seseorang guru yang selalu berada dalam keadaan
tertekan dan menjejaskan prestasi kerja. Hal ini demikian kerana guru tersebut
bukan sahaja perlu menyelesaikan kerja-kerja yang berat, malah dia juga perlu
berhati-hati di pejabat serta menjaga keluarganya di luar sekolah. Pada
pandangan saya, semua pihak perlu memikul tanggungjawab masing-masing untuk
menjayakan sistem sekolah KPM. Pihak KPM dicadangkan membuat siatan serta
penjaminan had bilangan kerja yang sepatutnya diagihkan kepada seseorang guru
selain mendidik anak murid. Dengan adanya suasana kerja dan bilangan kerja yang
sesuai, seseorang guru tersebut akan lebih berautonomi dalam meningkatkan
prestasinya dalam kerjanya serta menjayakan sistem sekolah KPM.
6.0
Penutup
Secara keseluruhannya, KPM perlu mengambil
berat dalam pembentukan kemenjadian murid terutamanya sahsiah murid, pengamalan
budaya Malaysia dalam kalangan murid, pengurangan kandungan pendidikan, peroleh
kerjasama dan sokongan daripada ibu bapa dan pengurangan kerja gurudalam sistem
sekolah di Malaysia. Dengan sistem sekolah yang sempurna, murid-murid yang
mempunyai kemahiran abad ke-21, nilai-nilai murni dan berkembang secara
menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan
hasrat FPK dapat dilahirkan.
7.0 Rujukan
Farlex, Inc. (2003). School System. Retrieved
from The Free Dictionary: https://www.thefreedictionary.com/school+system
Mohd Sabran Md Sani. (2019, Januari
27). Arahan mansuh pengasingan murid kekal. Retrieved from Berita
Harian:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/524577/arahan-mansuh-pengasingan-murid-kekal
Norazri Bin Mohd Zaidin. (2015). Penerapan
Nilai-Nilai Murni Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Ke Arah Pembentukan
Sahsiah Pelajar Di Kolej Kemahiran Tinggi Mara . Retrieved from
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7073/1/NORAZRI_BIN_MOHD_ZAIDIN_24.pdf
Nor Azura Md Amin. (2019 , January
27). Anak wajib dapat pendidikan rendah, menengah. Retrieved from Sinar
Harian : https://www.sinarharian.com.my/article/9956/BERITA/Nasional/Anak-wajib-dapat-pendidikan-rendah-menengah
Siti Nur Mas Erah Amran. (2020,
February 9). Keluarga berpecah belah antara punca murid sekolah rendah
tercicir. Retrieved from Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2020/02/654056/keluarga-berpecah-belah-antara-punca-murid-sekolah-rendah-tercicir
Suresh Kumar N Vellymalay. (2016).
Kerjasama pihak sekolah dan penglibatan ibu bapa India dalam pendidikan anak
di sekolah kebangsaan. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 31,
131–151. http://dx.doi.org/10.21315/ apjee2016.31.8
Tian, B. (2020, Mac 16). Perangi
COVID-19 dengan kerjasama, perpaduan. Retrieved from Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/03/665699/perangi-covid-19-dengan-kerjasama-perpaduan
Berdasarkan kepada dasar-dasar kerajaan dalam Pendidikan, ulaskan keberkesanan kelas-kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam sistem persekolahan masa kini. Bincangkan juga peranan KSSR - KSSM serta dasar sukan negara dan kokurikulum KPM.
1.0
Pengenalan
Pada zaman teknologi yang kian berkembang
pesat ini, kesedaran masyarakat dalam menjaga kesihatan juga semakin meningkat.
Hal ini demikian kerana berita atau mesej mengenai masalah kesihatan boleh
mempengaruhi seseorang individu, masyarakat mahupun sesebuah negara telah
disebarkan secara luas melalui media massa atau media sosial seperti facebook,
whatsapp, telegram dan sebagainya. Dengan itu, kesihatan badan semakin
dititikberatkan dan ramai orang mula menjaga kesihatan masing-masing melalui
bersenam, pengambilan makanan yang seimbang, pengambilan vitamin dan mineral
serta sebagainya. Realitinya, kesihatan badan merupakan satu aspek yang amat
penting dalam kehidupan kita di mana kesihatan dapat memastikan prestasi serta
keadaan fizikal atau mental seseorang individu berada dalam keadaan sempurna
untuk menjalankan aktiviti seharian (Norliah, 2017). Demi memupuk kesedaran ini
dalam kalangan masyarakat sejak kecil, sistem pendidikan kita telah melakukan
transformasi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mulai tahun 2017, KSSR telah disemak dan
ditambahbaikan lagi untuk memastikan murid yang selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) serta mempunyai kemahiran abad ke 21 dapat
dilahirkan.
Banyak usaha telah dilakukan dalam
menjalankan semakan KSSR terutamanya mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan. Hal ini demikian kerana kedua-dua subjek adalah saling
berkaitan dan merupakan satu saluran yang baik untuk menyampaikan kesedaran mengenai
kepentingan bersenam dan cara menjaga kesihatan dalam kalangan murid. Oleh itu,
kedua-dua subjek ini telah digabungkan dan digubalkan dengan berasaskan FPK. FPK
merupakan satu panduan untuk sistem pendidikan dan bermatlamat untuk melahirkan
generasi yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras
dengan Dasar Sukan Negara. Maka pihak yang terlibat dalam penggubalan dokumen
standard kurikulum dan pentaksiran telah mengutamakan tiga bidang asas dalam
membina kemenjadian murid iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Demi memastikan kurikulum baru ini dapat
diketahui dan dikuasai oleh para guru sama ada guru di sekolah rendah atau
sekolah menengah, banyak kursus latihan atau ceramah telah diadakan. Segala
kursus latihan atau ceramah tersebut banyak melibatkan guru-guru yang mengajar
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah. Sepanjang kursus latihan atau
ceramah tersebut, guru-guru akan terlibat dalam aktiviti hands on seperti cara
mengajar, cara menulis rancangan pengajaran harian, cara melaksanakan aktiviti
dalam buku teks dan sebagainya. Segala usaha yang dilakukan ini bertujuan
menyediakan guru-guru tersebut mempunyai pengetahuan yang cukup untuk memberi
kesan baik kepada generasi yang baru.
2.0 Keberkesanan
kelas-kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam sistem persekolahan masa
kini.
2.1
Kepentingan Kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Dalam sistem persekolahan masa kini, kelas
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menjadi satu kelas yang penting. Kelas
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tidak lagi seperti dahulu digunakan untuk
mengajar mata pelajaran lain kerana kelas itu dapat memberi peluang kepada guru
untuk mencari murid yang berbakat dalam suatu permainan atau sukan. Berdasarkan
DSKP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang baru ini, murid-murid akan
didedahkan kepada dua bidang besar iaitu bidang kemahiran dan bidang kecergasan.
Kedua-dua bidang ini mempunyai pelbagai aktiviti yang membolehkan seseorang
murid menunjukkan kemampuan masing-masing. Dengan itu, guru-guru dapat mengenalpasti
murid yang berbakat dan melatih mereka untuk mewakili sekolah.
Guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
sekarang tidak dapat mengabaikan kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kerana segala
pertandingan yang diadakan adalah berasaskan kandungan DSKP Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan. Dalam suatu kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, guru-guru
perlu memerhati tahap kebolehan murid dan memilih murid yang berpotensi untuk menyertai
pertandingan aktiviti-aktiviti di luar sekolah seperti sukan, permainan atau
aktiviti rekreasi. Semua aktiviti ini adalah seperti yang dirancang dalam DSKP
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah memberi peluang kepada murid untuk mencungkil
bakat masing-masing. Justeru itu, potensi dan keyakinan diri dalam kalangan
murid juga dapat ditingkatkan melalui penyertaan dalam pertandingan di luar
sekolah. Oleh itu, kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menjadi sangat
penting di sistem persekolahan ini untuk guru-guru mencari murid yang berbakat
dan mengembangkan potensi mereka.
2.2 Kesihatan
Murid
Selain itu, kelas-kelas Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan telah membekalkan murid-murid peluang untuk bersenam serta
melakukan aktiviti sukan. Murid-murid yang berumur 7 hingga 12 tahun merupakan
usia yang sedang menghadapi pertumbuhan badan. Mereka dapat mengembangkan motor
kasar dan motor halus, membina kekuatan otot serta meningkatkan stamina melalui
aktiviti-aktiviti kelas Pendidikan Jasmani. Bagi kelas Pendidikan Kesihatan
pula, murid-murid akan belajar ilmu pengetahuan mengenai proses serta bahagian
tubuh badan mereka dan dibimbing untuk menerima pertumbuhan tersebut dengan
hati yang terbuka. Kurikulum yang baru ini telah mengembangkan kecergasan dan
kognitif murid secara menyeluruh melalui kandungan Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan. Secara tidak langsung, pihak sekolah dapat menjaga kesihatan murid melalui
kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Sebagai contoh, Standard Kecergasan
Fizikal Kebangsaan yang dikenali sebagai SEGAK merupakan satu ujian yang perlu
diadakan dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi mengukur tahap kecergasan
fizikal murid tahap 2 berdasarkan kesihatan (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2016). Semua anak murid yang menghadapi masalah obesiti atau tahap kecergasan
yang rendah dalam ujian SEGAK ini akan diperhatikan dan dipanggil untuk
menghadiri Program Intervensi SEGAK yang dijalankan oleh pihak sekolah. Dengan
itu, kecergasan dan kesihatan anak murid dapat ditambahbaikan melalui kelas
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
2.3 Pembentukan Kemenjadian Murid
Kelas-kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di
sekolah sekarang tidak lagi seperti dahulu hanya mementingkan ilmu pengetahuan
atau satu kemahiran dalam suatu PdPc. Kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
masa kini telah menghubungjalinkan kemahiran
lain dalam aktiviti yang dijalankan. Kemahiran-kemahiran abad ke-21 serta
elemen-elemen yang merentasi kurikulum telah diterapkan dalam kelas Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. Penerapan perlbagai unsur dalam kelas Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan bermatlamat
menghasilkan murid yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai nilai serta
sikap yang positif dalam mengekalkan kecergasan fizikal dan kesihatan badan.
Kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sekarang banyak
mempunyai aktiviti dan permainan yang menggalakkan murid mengamalkan gaya hidup
aktif ke arah kesejahteraan hidup. Aktiviti kelas Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan seperti senaman, sukan, permainan,
menari, aktiviti akuatik dan pendidikan luar merupakan aktiviti yang dapat membantu
murid-murid untuk mengawal diri dari menghabiskan masa yang panjang dalam
telefon pintar mereka. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja dapat melatih otot
dan kecergasan minda, malah aktiviti-aktiviti ini turut dapat membina minat
murid-murid dalam bersenam dan membantu mereka mewujudkan gaya hidup yang sihat
di luar waktu persekolahan.
2.4 Aktiviti Kelas Berpusatkan
Murid
Kelas-kelas Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan di sekolah turut mengubahkan aktiviti PdPc dari
berpusatkan guru kepada berpusatkan murid. Murid-murid tidak lagi seperti yang
terdahulu, mereka lebih aktif dan bertenaga serta bersemangat untuk mencuba
sesuatu benda yang baru. Aktiviti-aktiviti ini
telah memberi peluang kepada para murid untuk membina semangat kepimpinan serta
bekerjasama dengan ahli kumpulannya. Aktiviti-aktiviti tersebut dapat memberi
pengajaran atau kesedaran secara tidak formal kepada murid-murid bahawa
menghadapi kegagalan dengan senyuman dan berusaha mencari penyelesaian untuk
meningkatkan kemahiran diri sendiri. Melalui kurikulum yang baru ini, murid-murid
berpeluang untuk mencuba segala aktiviti serta mencabar diri sendiri. Kelas
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menanam sikap berani mencuba dan
menghadapi kegagalan dengan senyuman dalam kalangan murid melalui aktiviti.
Setiap kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan abad ke-21, guru berperanan
sebagai fasilitator di mana guru perlu membimbing anak murid dalam mengetahui
pelbagai ilmu pengetahuan mengenai sukan dan permainan serta menerapkan
nilai-nilai murni dalam aktiviti. Pendek kata, kelas Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan telah banyak memberi peluang kepada murid terlibat dalam aktiviti
yang dirancang serta membina perwatakan murid-murid yang baik sambil mengembangkan
otot.
2.5 Pemupukan Daya Pemikiran Murid
Tambahan pula, kelas
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat mencabar daya pemikiran murid melalui
pertandingan kecil dalam suatu permainan. Dalam pertandingan kecil tersebut
murid perlu mengaplikasi segala kemahiran yang dipelajari serta memikir cara
penyelesaian untuk menjaring goal. Dalam suatu kumpulan, murid-murid perlu
berbincang antara satu sama lain untuk mendapatkan strategi yang terbaik untuk
menjaring goal sebelum bertindak dalam suatu pertandingan. Keadaan ini telah
menunjukkan bahawa latihan pemikiran secara kreatif telah dilakukan semasa
murid-murid menyelesaikan masalah menjaring goal dalam pertandingan. Secara
tidak langsung, nilai-nilai murni seperti bekerjasama, saling menghormati,
berani dan sebagainya telah dipupuk dalam kalangan murid melalui pertandingan
kecil. Tuntasnya, kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sekarang bukan sahaja
melahirkan murid-murid yang mempunyai perkembangan psikomotor yang baik, sikap
positif dan berilmu pengetahuan, malah kelas ini turut dapat mengembangkan
pemikiran kreatif dalam kalangan murid.
3.0 Peranan KSSR - KSSM serta Dasar
Sukan Negara dan kokurikulum KPM meningkatkan keberkesanan kelas jasmani dan
kesihatan di sekolah
Sistem Pendidikan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah memainkan peranan
penting dalam meningkatkan keberkesanan kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
di sekolah. Semakan terhadap KSSR dan KSSM yang mulai pada tahun 2017 merupakan
satu pembaharuan dalam sistem persekolahan di mana kebanyakan guru berada dalam
keadaan kelam-kabut bagi menerima dan melaksanakan standard kandungan tersebut.
Tambahan pula, guru-guru yang baru habis program IPG turut akan menghadapi
cabaran tertentu dalam melaksanakan kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
berdasarkan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran yang baru. Walaupun
mereka mempunyai ilmu pengetahuan mengenai dokumen standard pelajaran ini,
namun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam mengajar. Dengan itu, banyak
cabaran serta masalah akan timbul dalam sesuatu kelas Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan sekiranya guru-guru tidak bersedia untuk menghadapi pembaharuan.
Demi memastikan semua guru bersedia dalam menghadapi
KSSR dan KSSM semakan ini, pihak yang bertanggungjawab telah melantikan
sebahagian guru cemerlang sebagai jurulatih untuk memberi kursus latihan kepada
guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Segala maklumat mengenai KSSR dan KSSM
semakan ini telah disampaikan kepada para guru dan mendedahkan guru dengan cara
merancang dan melaksanakan kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berunsur
abad ke-21. Dalam semakan KSSR dan KSSM ini, guru tidak lagi seperti dahulu.
Guru akan melaksanakan proses pengajaran dan pemudahcara disertai pentaksiran terhadap
tahap pencapaian murid dalam suatu kelas berdasarkan standard prestasi yang telah
digubalkan dalam DSKP. Untuk memastikan cara pentaksiran guru adalah selaras,
banyak aktiviti serta kursus latihan telah diadakan dari semasa ke semasa. Guru
yang mengikuti kursus latihan tersebut dikehendaki melaksanakan Latihan dalam
Perkhidmatan untuk menyampaikan segala maklumat kursus tersebut kepada
guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang lain di sekolah. Melalui
program Professional Learning Community (PLC)
pula, guru-guru akan bersama-sama merancang satu PdPc bagi standard kandungan
tertentu dan guru-guru hanya mengubahsuaikan PdPc yang dirancang tersebut agar sesuai
dengan tahap murid-murid masing-masing. Tuntasnya, KSSR dan KSSM semakan ini bukan
sahaja telah memupuk kerjasama antara guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
melalui PLC atau LDP, malah sistem persekolahan turut ditambahbaikan.
Selain itu, dasar sukan negara juga memainkan peranan
penting dalam meningkatkan keberkesanan kelas Pendidikan Jasmani dan Sukan di
sekolah. Dasar sukan negara telah banyak menggalakkan aktiviti sukan berjenis
pertandingan diadakan seperti program Sukan Untuk Semua dan Sukan Berprestasi Tinggi.
Segala aktiviti sukan yang diadakan ini telah memberi peluang kepada anak murid
yang berbakat untuk terlibat dalam pertandingan tersebut. Untuk memastikan
program-program sukan dapat diadakan, kerajaan telah menyediakan peruntukan
kewangan dan kemudahan infrastruktur. Secara tidak langsung program-program
sukan tersebut telah meningkatkan keberkesanan kelas pendidikan Jasmani dan
Kesihatan di sistem persekolahan. Keadaan ini wujud disebabkan pihak sekolah
akan mementingkan kelas Jasmani untuk mengenalpasti bakat-bakat muda yang
berpotensi. Pihak sekolah juga akan memastikan guru menjalankan tanggungjawab
mereka dengan melaksanakan PdPc Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kepada
murid-murid di sekolah tanpa digunakan untuk mengajar mata pelajaran lain.
Di samping itu, kerajaan turut berusaha dalam membina
kesedaran mengenai kepentingan sukan dalam kalangan murid dan anggota sekolah.
Selain melalui ceramah, antara aktiviti yang paling disokong pelbagai pihak
adalah program Hari Sukan Negara yang diadakan pada tahun 2018. Pada masa itu,
setiap sekolah bekerjasama dengan pihak pengajur meriahkan Hari Sukan Negara
dengan menyediakan aktiviti sukan di sekolah untuk murid-murid. Murid-murid
turut menjalankan aktiviti senamrobik dengan berdasarkan siaran langsung dari
stadium Bukit Jalil pada pagi hari itu. Aktiviti ini telah membekalkan peluang
kepada anak murid terlibat dalam aktiviti sukan serta bermain sambil belajar.
Pada hari itu, banyak aktiviti menguji tahap kecergasan turut diadakan agar
murid-murid yang berpotensi dapat ditemui.
Dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan melalui dasar
sukan negara turut memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat dalam
aktiviti sukan dan permainan sepanjang tahun di sekolah. Tujuan dasar ini
diperkenalkan adalah untuk membekalkan peluang yang sama kepada semua murid
terlibat dalam sukan atau permainan. Kewujudan dasar ini telah memanfaatkan
semua murid sama ada aktif atau tidak aktif melalui penglibatan dalam satu
sukan atau permainan. Murid-murid dapat belajar cara berkomunikasi dengan rakan
serta kemahiran-kemahiran sesuatu sukan atau permainan yang digemari. Dasar ini
secara tidak langsung telah membudayakan sukan dalam kalangan murid di mana
selaras dengan strategi perlaksanaan Dasar Sukan Negara. Pembudayakan sukan
dalam kalangan masyarakat sejak kecil melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan ini akan meningkatkan
minat murid dalam sukan serta membina satu generasi yang mementingkan gaya
hidup yang sihat serta cergas, mempunyai daya saing tinggi dan bersatu padu. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa dasar ini bukan sahaja membangunkan sukan sekolah
malah dasar ini juga memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan
berpotensi untuk maju ke tahap yang lebih tinggi.
Dasar Perlaksanaan Kokurikulum KPM merupakan dasar
lanjutan Dasar 1 Murid 1 Sukan di mana murid-murid wajib menyertai satu sukan dan permainan, satu persatuan dan kelab serta satu pasukan
pakaian seragam. Dengan itu, kegiatan kokurikulum di sekolah telah memainkan
peranan penting
dalam perkembangan potensi individu dan pembentukan jati diri dalam kalangan
murid. Berdasarkan dasar yang baru ini, segala kegiatan kokurikulum yang
dilaksanakan di sekolah hendaklah dirancang berdasarkan kandungan PdPc kelas
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Tindakan ini boleh memberi murid-murid
peluang untuk menambahbaikan, mengukuhkan dan mengamalkan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai-nilai murni yang dipelajari di dalam bilik darjah. Penglibatan
dalam kokurikulum dapat membantu seseorang murid memperoleh pelbagai kemahiran
yang terkandung dalam aktiviti kokurikulum seperti pertolongan cemas,
jenis-jenis ikatan, cara mendirikan khemah dan sebagainya. Aktiviti kawad kaki
pula membina disiplin dalam diri seseorang murid. Setiap kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah
dirancang dengan teliti dan mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan
dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang sesuai. Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan
hendaklah mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru
serta nilai-nilai murni yang membantu membangunkan intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial murid secara seimbang seperti yang dinyatakan dalam FPK.
4.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, kelas
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berasaskan KSSR dan KSSM semakan ini telah
mendatangkan banyak kesan yang baik terutamanya dalam pembentukan kemenjadian
murid. Segalanya usaha-usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak dalam
meningkatkan keberkesanan kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sistem
persekolahan ini bertujuan melahirkan generasi yang berkemahiran dalam sukan,
bernilai murni, bergaya hidup sihat, berdaya saing tinggi, berfikir secara
kreatif dan berkembang secara menyeluruh dalam intelek, rohani, emosi, jasmani
dan sosial. Generasi-generasi ini diharapkan dapat membimbing Malaysia ke tahap
yang lebih tinggi dan mempunyai daya saing yang setanding dengan negara-negara
maju.
5.0 Rujukan
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jemaah Nazir Kementerian Pendidikan
Malaysia. (2019). Buku Panduan Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Retrieved from
https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/buku-panduan/2939-buku-panduan-mp-pjpk/file
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan JJasmani dan Pendidikan Kesihatan Dokumen Standard Kurikulum Dan
Pentaksiran Tahun Empat. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Belia dan Sukan. (2009).
Dasar Sukan Negara 2009. Putrajaya: Kementerian Belia Dan Sukan .
Norliah binti Lasemang. (2017, Mac).
Kesihatan Fizikal Dan Mental. Retrieved from ResearchGate:
https://www.researchgate.net/publication/315456905_KESIHATAN_FIZIKAL_DAN_MENTAL
Senaraikan 5 isu atau lebih dalam PdPc mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah serta ulaskannya.
Rajah 1 Peta Minda Isu PdPc Matematik di sekolah
1.0
Pengenalan
Demi memastikan negara kita Malaysia
semakin maju dan standing dengan negara-negara maju, sistem pendidikan telah
ditambahbaikan dengan memperkenalkan beberapa dasar pendidikan seperti kurikulum
semakan pada tahun 2017, Program Dwibahasa, Pendidikan STEM dan sebagainya.
Tujuan perubahan ini adalah memastikan sistem pendidikan Malaysia dapat
generasi baru mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran abad ke-21,
kemahiran menyelesaikan masalah yang kompleks, bersifat kemanusiaan dan
lain-lain seperti yang dinyatakan dalam FPK. Generasi-generasi ini dapat memacu
ekonomi negara dan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi. Dengan itu,
mata pelajaran matematik dan sains telah
memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi yang berkemampuan.
Matematik dan Sains merupakan subjek teras
yang amat mencabar minda dan perlu dipelajari dan dikuasai oleh seseorang murid
sama ada di sekolah rendah atau sekolah menengah seperti yang ditetapkan dalam
kurikulum sekolah. Tujuan mata pelajaran Matematik dipelajari di sekolah adalah
untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor dan kemahiran asas dalam
pengiraan serta memastikan murid mempunyai pemikiran yang logik dalam
menyelesaikan masalah kehidupan seharian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
Bagi
Sains pula, subjek in bertujuan menghasilkan murid yang mempunyai literasi
sains, inovatif dan berupaya mengaplikasikan pengetahuan sains, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan sebenar.
Namun begitu, kebanyakan murid di sekolah
tidak berminat dengan Matematik dan Sains kerana mereka berasa kedua-dua subjek
tersebut susah serta sikap tidak mementingkan pembelajaran wujud kerana
pemansuhan peperiksaan pada tahap 1 telah dilaksanakan mulai tahun 2019. Sikap-sikap
ini telah mewujudkan beberapa isu berlaku semasa guru menjalankan PdPc di
sekolah iaitu kekurangan infrastruktur di sekolah, gaya pengajaran guru,
perlaksanaan Dual Language Programme
(DLP), minat generasi abad ke-21, kekurangan masa topik –topik matematik yang
padat dan murid tidak dapat menjawab soalan penyelesaian masalah berayat.
2.0
Ulasan setiap isu PdPc Matematik dan Sainsdi sekolah
2.1 Isu
1: Kekurangan infrastruktur di sekolah
Isu
pertama dalam isu pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah
adalah sekolah menghadapi masalah kekurangan infrastruktur. Kebanyakan sekolah
tidak mempunyai kemudahan asas serta persekitaran yang sesuai untuk suatu
pembelajaran dijalankan, terutamanya sekolah di kawasan luar bandar atau di
pendalaman, sekolah tidak mempunyai kemudahan ICT atau kemudahan asas yang
mencukupi menyebabkan murid-murid dalam pendalaman susah mempunyai PdPc yang
abad ke -21. Di sekolah bandar pula, sebahagian sekolah masih mengekalkan
kaedah pengajaran tradisional “chalk and
talk” kerana guru tidak didedahkan dengan ilmu pengetahuan untuk
memanfaatkan kemudahan ICT di setiap kelas. Hal ini telah menyebabkan elemen
ICT serta elemen STEM susah diterapkan dalam PdPc dan gaya pengajaran seseorang
guru terhad. Pengajaran yang tidak menarik dan pesekitan pembelajaran yang
tidak sesuai telah menyebabkan murid-murid kehilangan minat terhadap mata
pelajaran tersebut. Dengan itu, kekurangan kemudahan infrastruktur telah
menjejaskan minat pembelajaran murid-murid dalam matematik dan sains (Mohd
Tafizam & Ramlee Mustapha, 2017).
Dalam keadaan kekurangan infrastruktur,
guru-guru haruslah mencari alat bantu mengajar seperti gambar, bahan konkrit,
eksperimen dan sebagainya untuk menjadikan suatu pengajaran konsep Matematik
atau Sains itu bermakna dan memupuk minat murid untuk belajar Matematik dan Sains.
Pada pandangan saya, pihak pentadbir atau persatuan ibu bapa dan guru boleh
mengambil tindakan dengan mencari atau meminta penajaan daripada pelbagai pihak
agar infrastruktur di sekolah adalah lengkap dan suasana pembelajaran abad
ke-21 dapat dibekalkan kepada anak murid. Tindakan ini dapat membantu murid
membina minat dalam pembelajaran mereka terutamanya matematik dan sains di mana
kebanyakan konsep dan fakta adalah bersifat abstrak dan susah difahami melalui
kaedah tradisional.
2.2 Isu
2: Gaya Pengajaran Guru
Isu yang seterusnya adalah gaya pengajaran
guru. Kebanyakan murid hilang tumpuan atau minat dalam mata pelajaran Matematik
dan Sains adalah disebabkan gaya pengajaran guru yang tradisional di mana tidak
menggunakan bahan bantu mengajar dalam menyampaikan ilmu (Faizah, 2017). Bagi
generasi abad ke-21, mereka lebih berminat dengan alat-alat teknologi atau
tayangan sesuatu video di dalam kelas. Murid hari ini tidak lagi seperti yang dahulu.
Mereka memerlukan pemahaman sesuatu perkara dari pelbagai perspektif serta cara
permikiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Pelbagai kemahiran abad ke-21 perlu
dikuasai oleh generasi sekarang untuk memastikan mereka dapat berjaya dalam
zaman yang pesat berubah ini. Sebagai seorang guru yang profesionalisme, gaya
pengajaran tidak boleh lagi hanya menyuruh murid supaya menghafal melalui
latihan latih tubi dan harus dipelbagaikan dengan menerapkan elemen merentasi
kurikulum atau menggunakan bahan bantu mengajar. Seseorang guru perlu
menyesuaikan diri dan memahami kehendakan generasi abad ke-21 ini agar
pembelajaran yang berkesan dapat dicapai. Sebelum PdPc dilaksanakan, guru perlu
merancang dan mengambil kira kecerdasan pelbagai dalam kalangan murid serta
menyediakan alat bantu mengajar dan aktiviti-aktiviti abad ke-21. Hal ini
disebabkan alat bantu mengajar dan aktiviti pembelajaran dapat menarik minat
pelajar serta meningkatkan prestasi pelajar. Segala aktiviti pengajaran dan
pemudahcara tidak lagi berpusat guru, malah berpusatkan murid. Guru hanya
berperanan sebagai fasilitator dalam membimbing anak murid untuk menguasai
sesuatu konsep atau menyelesaikan suatu masalah.
2.3 Isu
3: Perlaksanaan Dual Language Programme (DLP)
Program Dwibahasa (DLP) ini dilaksanakan
di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) bermula pada tahun 2016 di mana sekolah yang terlibat boleh
memilih sama ada menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa
Inggeris selain daripada Bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi. Mengikut
buku teks semakan bermula pada tahun 2017, kebanyakan buku teks mata pelajaran
Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan
Teknologi telah menerapkan kosa kata pada satu ruang yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Namun,
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
telah dicadangkan guna semula untuk menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris
dalam sistem pendidikan kita. Keadaan ini telah menyebabkan banyak bantahan
wujud dalam media masa sehingga menjejaskan keadaan huru-hara berlaku dalam
sistem pendidikan kita.
Pada pandangan saya, paksaan mengubah
bahasa mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
serta Reka Bentuk dan Teknologi ke dalam Bahasa Inggeris bukan satu langkah
yang efektif. Hal ini demikian kerana perubahan program yang kerap dalam sistem
pendidikan akan menyebabkan sistem pendidikan terus huru-hara dan semua
pendidik akan hilang hala tuju serta semangat untuk mendidik generasi baru. Hal ini demikian kerana guru-guru perlulah menyesuaikan
diri dengan kata-kata saintifik dalam Matematik dan Sains agar ilmu atau konsep
yang betul dapat disampaikan kepada murid-murid. Bagi murid-murid
pula, mereka akan menghadapi masalah dalam menyesuaikan diri dengan perubahan
bahasa mata pelajaran tertentu yang kerap. Lama-kelamaan, murid-murid tersebut
akan hilang minat untuk belajar.
Bahasa pengantara sesuatu ilmu bukan satu
masalah yang besar manakala cara menyampaikan ilmu dari pendidik kepada anak
murid adalah lebih penting. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam
memperkenalkan dasar pendidikan atau memperkenalkan sesuatu program perlulah
berfikir daripada pelbagai perspektif dan merancang terlebih dahulu sebelum
mengambil tindakan. Guru-guru pula perlulah sedar dan sentiasa berpegang kepada
matlamat atau objektif dalam mendidik anak murid. Sekiranya murid-murid
menghadapi masalah dalam memahami suatu konsep, bahasa lain boleh dijadikan
sebagai bahasa sokongan untuk membantu anak murid memahami suatu konsep. Guru
juga perlulah menjadi role model kepada anak murid bahawa belajar itu akan
berterusan sepanjang hayat.
2.4 Isu
4: Minat murid abad ke-21
Pada abad
ke-21, banyak bidang serta teknologi semakin berkembang dengan pesat. Banyak
keluarga mula boleh akses laman web dengan pakej-pakej telekomunikasi yang murah
serta membekalkan alat teknologi kepada anak melayari internet sendiri.
Generasi abad ke-21 sejak kecil sudah didedahkan dengan alat-alat teknologi ini
dan sudah mahir dalam menggunakannya. Namun begitu, kebanyakan murid generasi
abad ke-21 tidak berminat dalam belajar terutamanya subjek matematik dan sains
yang agak susah serta kedua-dua subjek tersebut membebankan pembelajaran mereka
(Lan, 2017). Mereka juga memberi alasan seperti berminat dan berhasrat untuk
menjadi ‘youtuber’ atau pemain ’esports’ di mana mereka menganggap
kedua-dua hasrat tersebut tidak perlu belajar. Pemikiran tersebut telah
mendorong murid-murid tidak mempunyai motivasi untuk belajar.
“Belajar sepanjang hayat” merupakan satu
pepatah yang perlu difahami oleh murid di mana semua orang yang hidup di dunia ini
perlulah belajar sepanjang umurnya tanpa mengira kaum, pekerjaan, agama dan
sebagainya. Sebagai seorang pendidik atau guru, kami berperanan dalam
menyedarkan anak murid untuk memupuk minat dalam belajar dan memahami sebab
kita belajar. Guru-guru boleh mengaitkan mata pelajaran dengan membentuk satu
keadaan di mana seorang ‘youtuber’ mengira
keuntungan satu hari atau lokasi-lokasi dalam peta sesuatu permainan. Murid-murid
sebenarnya tidak sedar bahawa aktiviti-aktiviti kehidupan seharian atau suatu
permainan secara tidak langsung adalah berkaitan dengan matematik dan sains.
Maka, guru perlu mengaitkan kepentingan matematik dan sains dalam kehidupan
seharian semasa mengajar suatu konsep di dalam kelas berdasarkan minat dan
kegemaran anak muridnya.
2.5 Isu
5: Kekurangan masa topik-topik Matematik yang padat
Kebanyakan
guru menghadapi masalah kekurangan masa atau kesuntukan masa dalam menghabiskan
topik-topik Matematik dan Sains yang padat. Faktor-faktor yang menyumbangkan
isu ini berlaku adalah disebabkan pihak sekolah telah mengadakan banyak
aktiviti atau ceramah di sekolah, raptai untuk Hari Sukan, Majlis Persaraan,
guru yang sama menghadiri mesyuarat atau kursus dan sebagainya. Semua aktiviti
ini telah memakan masa yang sedia ada untuk mengajar konsep-konsep Matematik
dan Sains. Hal ini telah menyebabkan seseorang guru hanya sempat mengajar
konsep dan tidak mempunyai masa untuk mentaksir sama ada murid menguasai konsep
tersebut atau tidak. Latihan yang dibuat oleh murid tidak dibincangkan di dalam
PdPc agar masa yang ada digunakan untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Sebagai
contoh, waktu seminggu untuk Matematik adalah sebanyak 180 minit manakala Sains
adalah 120 minit. Sekiranya terdapat aktiviti berlangsung dan mengambil masa
PdPc Matematik dan Sains, maka masa yang tinggal adalah tidak mencukupi. Jadi,
pihak sekolah perlulah merancang dengan baik agar PdPc guru tidak diganggu dan
aktiviti yang sesuai sahaja diadakan di sekolah.
2.6 Isu
6: Murid tidak dapat menjawab soalan penyelesaian masalah berayat
Jika guru
memerhati anak murid dengan teliti, guru akan mendapati bahawa kebanyakan anak
murid yang lemah dalam matematik dan sains lebih suka menjawab soalan objektif
berbanding dengan soalan penyelesaian masalah berayat. Hal ini demikian kerana mereka
tidak berminat untuk cuba menjawab soalan penyelesaian masalah berayat tersebut.
Murid-murid tersebut akan memberi alasan yang pelbagai untuk menolak menjawab
soalan penyelesaian masalah berayat. Hal ini turut menjejaskan keputusan PISA
& TIMSS di Malaysia kerana kebanyakan soalan PISA & TIMSS lebih
berbentuk teks yang panjang lebar (Abdul Halim Abdullah, Johari Surif &
Norhasniza Ibrahim, 2014). Soalan tersebut memerlukan pemahaman, terjemahan dan
refleksi dengan kehidupan sebenar dalam kalangan murid.
Oleh itu, guru memainkan peranan penting
dalam membimbing murid untuk belajar cara menyelesaikan soalan penyelesaian
masalah berayat. Faktor-faktor yang menyumbangkan murid tidak berminat dalam
cuba menjawab soalan tersebut adalah disebabkan lemah dalam bahasa, sikap malas
untuk membaca soalan, soalan mempunyai teks yang berpanjangan, tidak dapat
memahami kehendak soalan dan sebagainya. Maka guru perlulah mempelbagai
pengajarannya atau memperkenalkan cara menyelesaikan masalah berayat tersebut
mengikuti kreativiti dan inovasi guru. Bah kata pepatah, setiap penyakit ada
penawarnya, setiap masalah ada cara penyelesaiannya, maka guru perlulah banyak
berinovatif dan bersungguh-sungguh dalam membantu anak murid dalam memupuk
minat serta menguasai cara menyelesaikan soalan masalah berayat.
3.0
Penutup
Secara keseluruhannya, pelbagai pihak
berperanan penting dalam menghadapi isu-isu yang wujud dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah. Pihak-pihak yang terlibat
hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam menangani setiap isu yang
timbul agar sistem pendidikan yang berkesan dapat diwujudkan di sekolah. Dengan
adanya sistem pendidikan yang berkesan, maka Malaysia dapat melahirkan modal
insan yang mahir di dalam bidang teknologi, berilmu pengetahuan, bernilai murni
dan berkemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah kompleks seiring dengan
hasrat FPK.
4.0
Rujukan
Abdul
Halim Abdullah, Johari Surif & Norhasniza Ibrahim. (2014, April 10). Pisa 2012: di mana kedudukan malaysia untuk
subjek matematik? Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/308889595_PISA_2012_DI_MANA_KEDUDUKAN_MALAYSIA_UNTUK_SUBJEK_MATEMATIK
Faizah
Binti Ja'apar. (2017, Julai). Bahan
bantu mengajar (bbm) dalam pengajaran dan pembelajaran (p&p) di sekolah
menengah kebangsaan (smk) daerah pontian. Retrieved from
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9573/1/FAIZAH_JA%E2%80%99APAR.pdf
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Dokumen standard
kurikulum dan pentaksiran matematik tahun 4. Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum
Lan.
(2017, October 30). Tak minat sains dan matematik kerana rasa 'terbeban'.
Retrieved from Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/344138/tak-minat-sains-dan-matematik-kerana-rasa-terbeban
Mohd
Tafizam & Ramlee Mustapha. (2017, March). Kemudahan prasarana dalam pelaksanaan mata pelajaran teknologi
kejuruteraan, lukisan kejuruteraan dan reka cipta di sekolah menengah harian
malaysia. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/317785315_Kemudahan_Prasarana_Dalam_Pelaksanaan_Mata_Pelajaran_Teknologi_Kejuruteraan_Lukisan_Kejuruteraan_dan_Reka_Cipta_di_Sekolah_Menengah_Harian_Malaysia
【动漫介绍】一次推荐25部!开局就开挂的动漫
【动漫介绍】一次推荐25部!开局就开挂的动漫 这支影片主要推荐一些一路虐人无数,看了都爽歪歪的动漫。 每一部动漫里的主角都是有不同的能力并一开局就开满挂,一路畅通无阻。 一些动漫中主角是由尽力过努力而提升自己的能力。那么龙傲天系列的主角呢, 他们则是一路基本属性以及技能都是...

-
Rajah 1 Peta Minda Isu PdPc Matematik di sekolah 1.0 Pengenalan Demi memastikan negara kita Malaysia semakin maju dan standing d...
-
1.0 Pengenalan Pada zaman teknologi yang kian berkembang pesat ini, kesedaran masyarakat dalam menjaga kesihatan juga semakin meningkat....
-
Motivasi amat penting dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Sebagai seorang guru yang mementingkan peranan m...